Feb 29, 2008
TeRiMa KaSIh

Terima KAsih...kepada

1) Dalina : Tolong Carikan Umah + Deal Sewa sampai Murah + Being     my housemate + Being Helpful

2) Abg Lan : BeriKan Kami Umah + Bagi sewa Murah + Being Helpful

3) Abg Padil : Being helpful & supportive

4) Tipah : Being Helpful & being my housemate

5) Fizah : Being Helpful & Being my ex-housemate

6) Abg Mie & Faizal & En. Rahman : Being helpful

Alhamdullillahh. selesai sudah OPS! PINDAH.. sekarang ni kene buat OPS! KEMAS plak.. Ader sesaper kenal tukang urut yang bagus tak?? rasa2 macam nak bawak diri ini untuk diurut jer..huhuhuhu...


Posted at 07:14 am by zuraien
Comments (4)  




Feb 28, 2008
HAmPEHHH!!!

Suatu hari Di Sungai Tengi..

"Acik Nono!! acik Nono!!...acik..."

"yup kakak."

"Acik terer tak??"

"Mestilah Acik terer. Naper?"

"Klu acik terer acik boleh tak jawab teka teki nie?"

"hmmm.. okey aper dia??"

"Okey.. dalam banyak2 binatang binatang aper yang kedekut??"

"alamak aper palk lah binatang yang kedekut" bisik ku dalam ati..

"cepatlah!! acik kata acik terer.. eii lambatlah.. ni lagi satu soklan kakak nak tanya acik.. dalam banyak2 binatang, binatang aper tak suka pompuan?? cepat tau jawab, kakak nak gi minum jap"

"hmm binatang lagi...adeiii susah palk lah dua2 soklan ni.. masa aku kecik dulu tak pernah pun dengar soklan nie.." bebel2 ku dalam ati lagi...

dari jauh aku tgk anak buah aku dok lari terkedek2 ke arah aku.. alamak.. jawapan takder dalam kepala otak lagi ni..manala budak kecik ni dapat soklan..

"dah acik??"

"ehehhehe, klu kakak terer kakak bagitaulah acik" itu jer ler yang mampu terkeluar dari mulut aku..

"haaaaaaaa.. kakak dah agak dah, mesti acik tak dapat jawap nyer.. hikhikhik"

"okay kakak bagi tau ek, teka teki pertama tu jawapannyer KUDAAAAAAA"

"erk?? kuda?? napa kuda plak kakak???"

"yerlah bila kuda lari.. kan ada bunyi kedekat kedekut kedakat kedekut.."

"yang no dua tu, binatang yang kedekut eagle (helang)... cuba acik sebut eeeeeeeeeee geeeel (ei girl)"

"yey yey acik kalah yey yey acik kalah.."

"lorrrrrrr"

"hmmm hampeh nyer budak2 zaman sekarang ni!"


Posted at 08:12 am by zuraien
Comment (1)  




Feb 26, 2008
FlaT IKaN Dalam KeNangaN..uhuhuhu

Kawan2  : Ko dok mana Sekarang ain??
Aku       : Flat Ikan..
Kawan2  : Flat belakang UPM tu? lama ko dok situ ek
Aku       : Tau tak per...eheheh


Itulah soalan2 lazim yang setiap keluar bila terserempak dengan kawan2 lama.

FLAT IKAN atau nama sebenarnya FLAT TAMAN SRI SERDANG. Flat 5 tingkat yang terletak betul2 di belakang tembok UPM ini begitu sinonim dengan panggilan flat ikan dikalangan student2 upm. Aku pun tatau naper flat ini di panggil flat ikan. Rupa bentuk tak macam ikan pun. Cuma kalau ikut cerita student2 lama, flat ini dinamakan Flat Ikan kerana dulu flat ini dikelilingi oleh banyak kolam2 ikan. Haaa.. sebab itulah kot dorang panggil flat ni ikan...fuhhh..macam2..

Aku mula duduk kat Flat Ikan ni sejak dari tahun 2000 selepas aku di kick out dari kolej 5. Menyewa bersama  8 orang rakan2 seperjuangan yang senasib ngan aku akibat di kick out dari kolej masing2. Masa tu kami menyewa ditingkat 4. Rumah No. 4D..Erk.. 9 Orang!?  Ramaikan??? beselah student..hikhikhik.
Senarai Ahli Rumah: Kak Na, Kak Su, Kak Nida, Marina, liza, Aku, Zuri, Aan & Nani.

Pada tahun 2003, kami telah berpindah n  dinaik TARAF ke tingkat 5. No. rumah 5C. Perpindahan adalah disebabkan oleh sikap tuan rumah yang begitu HAMPEH & tidak bertanggungjawab. Ketika itu ahli rumah kami sentiasa bertukar2.. Pada masa ni kami semua sedang mencari2 tapak untuk memulakan kerjaya selepas bergelar graduan.. uhuhu.. macam2 cerita masa nie.. kenangan pahit manis semua ada ....Senarai Ahli Rumah: Aku, K.na, K.su, aan , zuri, Amalina , Hafni , yuten, kak long & salina 

Pada awal tahun 2005, aku telah dipaksa rela untuk berpindah di Flat Bukit Mahkota, ekoran daripada mendapat tawaran pekerjaan di Nilai 3. Sedey di hati bukan kepalang.. Sepanjang tempoh aku berkerja di Nilai 3, 2 perpindahan tempat tinggal telah aku alami... dari rumah flat ke rumah teres dan dari rumah teres ke rumah apartment.. rasa macam dizaman primitiflah plak.. pindah sini sana jer..bagaimana pun yang pastinya 3 or 4 kali seminggu aku mesti balik ke Flat Ikan.. windu oooo...hikhikhik..

Pada pertengahan tahun 2006 aku telah mendapat pekerjaan baru di Putrajaya. Maka dengan penuh kegembiraan aku kembali menghuni di Flat Ikan bersama-sama teman serumah yang juga sentiasa bertukar.
Senarai Ahli yang pernah & kini Menduduki rumah ini: Kak Na, Aku, Zuri (ex), Tipah, Fara (ex), Izan (ex) & K. cik

Kini pada BULAN 3 yang akan datang ini, kami sekali lagi akan BERPINDAH DITURUNKAN PANGKAT!..ehehe.. setelah hampir lapan tahun tahun dok atas Langit, Akhirnya kami turun ke bumi.. berpindah ke rumah Teres di 'Padang' di Taman Sri Serdang. Perpindahan kali ini dibuat di atas faktor UMUR..eekkekekek.. Penat dah nak panjat tangga.. lebih2 lagi2 klu balik malam2 dalam keadaan yang letih dan ngantuk.. sebelum panjat tangga kene pandang tingkat atas dulu.. amik semangat utk panjat  tangga. Lagi pun masing2 dah beli kereta.. sayang nak tinggal kete kat bawah kot.. jauh dari pandangan mata!! ahaksss....

Kepada sesapa yang nak cari
CopyPAHALA EXTRA....inilah masanya!!!.. TOLONG KAMI ANGKUT & PINDAH BARANG.. makanan & minuman disediakan....
       
                




Posted at 07:36 am by zuraien
Comments (6)  




Feb 25, 2008
BUaT PeranGaI

Dulu masa aku dok Matrikulasi kat sepang aku pernah buat Perangai.. hikhikhik.. sian kawan2 aku penat nak layan "Perangai" aku..  Bila aku happy aku happylah.. n bila aku moody sukatilah aku nak moody bila n kat mana.. aku tak penah fikir perasaan kawan2 aku time tu.. yang aku tau aku nak dorang paham perasaan aku..uhuhuhu.. Alhamdulillah time tu aku dapat geng2 penyabar.. so aderlah jugaklah aku kawan..

Masa dok nek Bachelor. Alhamdullilah.. agaknyer dah penat kot asik buat "Perangai" aku transform diri aku jadi "kebal"..  lagi pun sian kat kawan2.. lama dah dorang besabau... lagipun klu aku terus ngan "perangai" aku sapa yang selesa nak kawan ngan aku kan? kan? kan?..

Bila aku dah "kebal", adalah satu dua mahluk 2 yang nak test tahap "kekebalan" aku nie.. aku diuji sebagaimana aku menguji kawan2 matrik aku dulu.. ish..ish.ish.. rupanya macam ni lah perasaan dorang rupanya.. insaf2.. betullah.. dalam hidup kita, perlu kita ingat.. setiap aper pun jua yang kita buat..pasti ada balasannyer..uhuhuhu

So kepada sesapa yang ada perangai yang suka buat "perangai" tu fikir-fikir kan lah.. hargailah perasaan orang disekeliling kita.. terutama orang-orang yang sentiasa dekat dengan kita.. tak seronok sebenarnya ada perasaan macam tu.. sesak, senak, penat..fuhhh.. renung2kan..ehehe

p/s: Sekarang ini aku sedang cuba membina
       dan menguatkan tahap "kekebalan" aku ni
       terhadap my future room-mate..huhuhuhu



Posted at 09:12 am by zuraien
Comments (4)  




Feb 22, 2008
AnJakaN StaTUs.....

Tahun 2008 bersamaan 1429 Hijrah.

Hmm diam tak diam dah masuk tahun 2008. Orang cina cakap 8 ni selalu mambawa maksud bertuah ker?? betul ker???. itu kata depalah.. sebagai org islam kita percaya bahawa setiap tahun or kejadian Allah itu adalah satu rahmat.

hmm 2008......Ini bermakna umur aku telah berganjak lagi dari 27 menjadi 28  pada tarikh 10/02/08... dah tua rupanya aku..Alhamdullillah..Allah masih panjangkan umur aku n beri nikmat hidup kepada aku..Moga-moga aku menjadi hamba yang bersyukur.. amin..huhuhu

Pada awal tahun ini Alhamdullillah sekali lagi Allah memberikan aku rezeki..AnJakan Status..huhuhu.. Dapat nek pangkat.. dari Finance Executive ke Corporate Manager... hmm banyak yang aku nak kene belajar ni..berat tanggungjawab ni.. Harap2 aku dapat jadi ketUa yang BeK.. Sebelum ni aku selalu complaint a few managers kat tempat aku.. adakah selepas ini aku pulak akan di complaint??..Harap2 aku tak mudah lupa diri...uhuhuhuhu

Dan satu Lagi AnJakAn StaTus akan berlaku dalam hidup aku..Insy. klu tak ada aral melintang, 25 Mei 2008 adalah merupakan tarikh keramat bagi aku.. yang mana akan aku bertukar status.. dari CIK kepada  Puan. Insyaallah... hikhikhik..

Dan tahun depan aku berharap akan ada lagi AnJakaN status buat aku.. Aper ek agaknyer?? Apa apalah.....:P


Posted at 04:11 pm by zuraien
Comments (2)  




Jul 2, 2007
CoME bAcK!!!

Hai blog..i'm back!..

Lamanya tak menulis jurnal...janggal palk rasanya nak write down story on the net.. hikhikhik..

I'm now in Damanasara Perdana at my site office acctualy. Sending my bos for The Management Meeting here. Maklumlah dah sarat sembilan bulan..mana larat nak drive beb.

This morning she asked me to replace her, rasa berat hatinya nak gi cini.. reason?.. i did not involved this project at all.. then she asked me to replace her? ayak!!

Fikir punyer fikir, akhirnya dpt gak cari ayat yang berjaya pujuk dia datang cini dengan cara....aku mengofferkan diri to be her driver.. then she finally agreed. yahoo!!

So bila dah sampai sini, aku jadi blurrr...what should i do during my bos hanving the meeting??? eehhehheh.. yeah!!! got it.. updating my blog is the best answer.. so here i'am.. i'am back after almost 6 months this blog is an unapdated.


Posted at 12:48 pm by zuraien
Make a comment  




Jan 10, 2007
Lagi 4 hari..

Lagi 4 hari..

Ya Allah semoga segalanyer berjalan lancar
Semoga segalanya berlalu dengan cepat
Semoga janji yang akan diikat akan ditepati
Semoga pehubungan ini akan Direstui NYA..



.
Amin

Posted at 12:52 pm by zuraien
Comment (1)  




Nov 23, 2006
JOM GI MAHA 2006.. Syok!

Semalam aku, kak na dan dy gi jalan2 kat  MAHA 2006 di Mardi Serdang, Pergh, besau giler tempat dia, mmg tak cukup satu hari klu nak gi semua gerai2 n pameran2 yang ader kat sana. Macam2 ada. dia nyer facilities ok. aku puas hatilah.

Kitorang gi lepas kije, dalam kul 6.30 jugaklah sampai sana, Org ramai giler.., seb beklah kawasan kat sana mmg besar, so taklah terlalu sesak. Tak banyak tempat yang kitorang gi, maklumlah kawasan tu besar, pastu hujan renyai2 plak,

Antara tempat yang aku sempat singgah Dewan A, (Pameran2 dari syarikat2 Swasta), dewan C( Pameran buah-buahan dan sayur-sayuran), Gerai Pokok bunga (geram betul aku tgk bunga2 kat situ, rasa nak petik2 jek. lawa siot), BazarAgro (Tempat Jual makanan) dan Rumah Negeri.

Apa yang menarik kat sana selain daripada pameran yang ada, ialah makanan2 yang aku tak pernah makan dan dengar sebelum ni.  Mula2 aku nak makan makanan bese2 jek, pastu dy bising suh amik makanan yang tak pernah jumpa n makan. Uwaa.. sedeynyer.. biorlah org makan aper yang org nak makan..uhuhu..

Last2 aku pilih jugak ler makanan yang aku tak pernah dengar n makan, nama makanan tu mee calong. Asal makanan ni dari kuantan, mee dia adalah mee batang, kuah mee tu kuah ikan, ada bebola ikan n tauhu kering. Rege dia RM3.00.. hmm rasa dia boleh tahan. Yang kelakarnyer akak yang jual mee tu siap mengadu, "penat tau jual mee ni dik, setiap kali org datang nak beli,mesti kene explain pasal mee ni.." hikhkhik.. sian akak tu,

Kak na pilih Roti Pool. Asal makanan ni dari Johor. Ader roti buku, telor mata, ada bawang besar potong, ada cili hijau besar potong,ader baked bean, n daging hancur berempah. Rege dia RM5.00..hmm rasa dia boleh tahan, tapi makanan  ni bagi aku sesuai di makan waktu bekpes.

Dy plak pilih mee kolok. Asal mee ni dari Sarawak. Yang mamat ni punya aku tatau aper dia nyer ingredian. yang aku nampak n rasa, mee dia ada sikit2 macam yee mee halus, kuah dia warna merah, tapi rasa dia mmg sedap, ader rasa manis2 sikit. Rege dia pun aku tak perasan..

Pas kenyang kitorang gi jalan2 kat Rumah Negeri, aku sempatlah masuk Rumah Negeri 9, Rumah Perlis, Rumah Terengganu, Rumah Johor,Rumah Melaka, Rumah Kelantan, Rumah perak, Rumah Sabah. Umah yang len2 tu aku tak sempat nak pegi sebab kaki aku dah melecet n aku rasa kaki aku macam nak patah jek. uwaa.. penat woo jalan.

Seb beklah masa jalan nak balik tu kitorang sempat kejar "train" yang di sediakan oleh pihak penganjur. "train" tu cukup unic. klu nak tau datanglah kat sini. Syok... Hari ni aku cadang nak pegi lagi, sebab semalam aku tak sempat nak tgk pameran haiwan dia. Aku sempat tgk dari atas "train" jek, itu pun dah gelap. eheheh.


Posted at 12:03 pm by zuraien
Comments (5)  




Sep 7, 2006
PERIHATIN

 

najeff: ASM WBT SYG...

najeff: kunci keta t'tinggal kt mana mlm tdi???

najeff: dlm keta or kt bonet???

zuraien: dalam kete

zuraien: kat tempat kunci

zuraien: alhamdullillah kete ok

zuraien: klu dah takder rezeki mmg dah kene bawak dah

najeff: alhamdulillah...

najeff: keta tue msih rezeki syg...

najeff: hmmm slalu bila org kuar umh...org tgk2 keta syg...

najeff: tp mlm tdi lsg x tgk...

zuraien: hmm yer ker..

najeff: a'ahler...

zuraien: tulah alhamdullillah

najeff: tatau kers???

zuraien: tatau

zuraien: ni baru tau

najeff: dlu org n zrie yg slalu tgk2kn...

zuraien: napa tgk2 kan???

najeff: sajerk...

zuraien: ooo..

zuraien: bila tgk kete ain tu apa yang selalu korang pk kan?

zuraien: tgk ain lock ker tak ek kete?

najeff: tgk alarm tue...nyala ker x???

najeff: lock ker idak...

zuraien: hmm agak dah

zuraien: ehehhee

najeff: lampu tutup ker x...

najeff: cmtue lers...

zuraien: terharunyer. dapat kawan macam nie..

zuraien: Alhamdullillah

zuraien: semoga Allah merahmati korang berdua.. amin

najeff: aminnnnnnnnn...insya allah...

najeff: smoga Allah swt m'rahmati syg sokmo...



Posted at 10:34 am by zuraien
Comments (2)  




May 2, 2006
Lantai T-Pinkie...

"Biar TuA TaPi BerJasa, KErAs tApI MeNGerti"

29 April 2006, Istana Budaya...Lantai  T-Pinkie.

Akhirnya, samapi jugak hajat aku nak tengok teater Lantai T-Pinkie nie..Ceriter ni agak berat sebenarnya bagi aku, ditambah dengan bahasa jawa Nyiai Sulniyati yang mmg tak jelas dan tak paham langsung butir percakapannya....

Tapi secara keseluruhannya, Lakonan mereka memang mantap..Cuma satu yang aku tak dapat nak terima ialah aksi di mana Nyiai Sulniyati (Lakonan Azizah Mahzan) yang hanya berkemban (pakaian jawa) bila dia dok tergolek-golek kat atas pentas...ehehe.. cencored.. sempat aku jeling kat teman sebelah kiri aku..amboi..mata tak berkelip2 tengok nyiai tu tergolek2..ahahah..tapi lakonan nyiai mmg mantap semantap tubuhnya..ahakss..

Pestime aku pegi teater seramai 10 orang, Aku, zuri, sury, cecah, yus, fizah, liza, dy,wan dan yang tak terduga kehadirannyer zakri.. dan inilah juga pestime aku tengok orang tido masa teater dan orang yang paling malang sekali adalah sury sebab dia di kepit oleh dua orang kaki tido.. ahakss..memang aku akui di pertengahan cerita, terutamanya babak Nyiai sulniyati tu agak membosankan serta tidak difahami, sebab tulah depa2 neh tido..ehehhe.. more photo

 


Posted at 12:33 pm by zuraien
Comments (2)  




Next Page
 



zuraien
February 10th
Female
Malaysia

mE: Zuraien Fahani Khudari
LaHir: 10 Febuary
PaNGgEy: ain,enan,nani,ani,nono
MaiL: zuraien@yahoo.com
Ym Id: zuraien
SelanGor



RUangAn MenCoRat CoRet

online


   















Powered by Blogger


 
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






BLOGDRIVE
TEMPLATES



BloGErS YaNg KeRasoKKan

AYARES
BANAI
SRI DIAH
E1
WALID
ND
EN.BASRIE
EN.OP&MULAN
MAT JAN
TOK RIMAU
DR.EP
CTCUTE
LAN
TIPAH
KAK NIS
ZHOULS
JIWARASA
HANKITAE
RUDY
WAK DIN
ZURIE
MYDINZ
DOBOT
ATTOK
CTCUTE
DR.EP
DOBOT
HANKITAE
NETT BIRU
KAK NISS
KAK SALINA
LAPAN
MAT JAN
MUSHROOMCUTE
PETZ
RUDY
WILDAN
ASSULTAN
SUPERDIMAN
SAYANGMAMA
EPUL
ATOI


WeLCoMe My FRieNDs