Entry: JOM GI MAHA 2006.. Syok! Nov 23, 2006



Semalam aku, kak na dan dy gi jalan2 kat  MAHA 2006 di Mardi Serdang, Pergh, besau giler tempat dia, mmg tak cukup satu hari klu nak gi semua gerai2 n pameran2 yang ader kat sana. Macam2 ada. dia nyer facilities ok. aku puas hatilah.

Kitorang gi lepas kije, dalam kul 6.30 jugaklah sampai sana, Org ramai giler.., seb beklah kawasan kat sana mmg besar, so taklah terlalu sesak. Tak banyak tempat yang kitorang gi, maklumlah kawasan tu besar, pastu hujan renyai2 plak,

Antara tempat yang aku sempat singgah Dewan A, (Pameran2 dari syarikat2 Swasta), dewan C( Pameran buah-buahan dan sayur-sayuran), Gerai Pokok bunga (geram betul aku tgk bunga2 kat situ, rasa nak petik2 jek. lawa siot), BazarAgro (Tempat Jual makanan) dan Rumah Negeri.

Apa yang menarik kat sana selain daripada pameran yang ada, ialah makanan2 yang aku tak pernah makan dan dengar sebelum ni.  Mula2 aku nak makan makanan bese2 jek, pastu dy bising suh amik makanan yang tak pernah jumpa n makan. Uwaa.. sedeynyer.. biorlah org makan aper yang org nak makan..uhuhu..

Last2 aku pilih jugak ler makanan yang aku tak pernah dengar n makan, nama makanan tu mee calong. Asal makanan ni dari kuantan, mee dia adalah mee batang, kuah mee tu kuah ikan, ada bebola ikan n tauhu kering. Rege dia RM3.00.. hmm rasa dia boleh tahan. Yang kelakarnyer akak yang jual mee tu siap mengadu, "penat tau jual mee ni dik, setiap kali org datang nak beli,mesti kene explain pasal mee ni.." hikhkhik.. sian akak tu,

Kak na pilih Roti Pool. Asal makanan ni dari Johor. Ader roti buku, telor mata, ada bawang besar potong, ada cili hijau besar potong,ader baked bean, n daging hancur berempah. Rege dia RM5.00..hmm rasa dia boleh tahan, tapi makanan  ni bagi aku sesuai di makan waktu bekpes.

Dy plak pilih mee kolok. Asal mee ni dari Sarawak. Yang mamat ni punya aku tatau aper dia nyer ingredian. yang aku nampak n rasa, mee dia ada sikit2 macam yee mee halus, kuah dia warna merah, tapi rasa dia mmg sedap, ader rasa manis2 sikit. Rege dia pun aku tak perasan..

Pas kenyang kitorang gi jalan2 kat Rumah Negeri, aku sempatlah masuk Rumah Negeri 9, Rumah Perlis, Rumah Terengganu, Rumah Johor,Rumah Melaka, Rumah Kelantan, Rumah perak, Rumah Sabah. Umah yang len2 tu aku tak sempat nak pegi sebab kaki aku dah melecet n aku rasa kaki aku macam nak patah jek. uwaa.. penat woo jalan.

Seb beklah masa jalan nak balik tu kitorang sempat kejar "train" yang di sediakan oleh pihak penganjur. "train" tu cukup unic. klu nak tau datanglah kat sini. Syok... Hari ni aku cadang nak pegi lagi, sebab semalam aku tak sempat nak tgk pameran haiwan dia. Aku sempat tgk dari atas "train" jek, itu pun dah gelap. eheheh.

   5 comments

zaiful
December 18, 2006   07:52 PM PST
 
cam best jek cite pasal MAHA ni.. nape tak cakap awal2 nak pi.. ermm tapi takpe la.. tgk la thn depan.. leh plan awal2.. laie pun chek jauh sangat, kat penang nih..
e_najeff
December 1, 2006   03:47 PM PST
 
ralat:...bkn 'roti pool' tp 'kacang pool'...
e_najeff
December 1, 2006   03:40 PM PST
 
asm wbt...sbut psl pameran haiwan nie tringat plaks lembu yg hmpir2 d'lggr masa on d'way blik kg syg last week...matanyer yg merah...eeee m'gerunkn...smpai bwk ke mimpi...syukur alhmdllh kite slmt n lembu tue msih pnjg umrnyer...wslm...
ain
November 23, 2006   04:08 PM PST
 
sampai 26/11/06.. Pergilah en. basri syok.. besau giler tempat dia. asyik banget!
DUGONG
November 23, 2006   03:59 PM PST
 
sampai bila tu MAHA tu? lalu tadi tapi tak sempat nak singgah.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments